Kompleks Sukan Kudat: Acara bersambung di sebelah petang Ahad dengan dimulakan dengan acara akhir Lompat Kijang, Lontar Peluru dan Lompat Tinggi. Turut berlangsung pada petang ini ialah acara saringan 200m, separuh akhir 4X200m dan 4x400m.
Anda boleh merujuk pautan Jadual Acara untuk mendapatkan maklumat jadual acara yang lengkap.
Rekod baharu terus dicipta pada hari ini iaitu dalam acara 200m Lari Berpagar oleh adik Mohammad Faizul bin Abdullah dari kontijen Tawau dengan mencatat masa 35.21 saat memadamkan rekod lama 35.43 saat yang direkodkan pada tahun 2017. Selain itu, rekod baharu juga dicipta dalam acara 800m Akhir apabila Muhammad Syafiq Aqil bin Yusof dari kontinjen Ranau mencatatkan masa 2 minit 6.5 saat.
Adik Mohd Fitri bin Acho turut memecahkan rekod dalam acara Lontar Peluru L15 dengan lontaran sejauh 15.56m memadamkan rekod lama 15.47m
Anda boleh merujuk pautan Senarai Rekod Baharu untuk mengetahui senarai peserta yang berjaya memecah rekod setakat hari kedua.
Antara aksi para atlit yang bertanding:-
Kompleks Sukan Kudat pada petang ini dipenuhi dengan penonton memeriahkan lagi kejohanan dan memberikan semangat kepada para atlet yang bertanding.