Pusat Sukan Kudat: Dua rekod kejohanan berjaya dipecahkan dalam acara lari berpagar yang telah berlangsung pada petang Isnin. Rekod pertama berjaya dipecahkan dalam acara 100 m Lari Berpagar Kategori Perempuan 18 tahun oleh adik Halimatul Saadiah binti Mohammed Raja dari kontinjen Tawau yang mencatatkan masa 14.60 saat memadamkan rekod lama 15.34 saat.
Rekod juga berjaya dipecahkan dalam acara 110m kategori Lelaki 18 apabila adik Muhammad Ridzwan bin Ridal dari kontinjen Tenom mencatatkan masa 14.27 saat mengatasi rekod lama 15.20 saat.