Rekod kejohanan berjaya dipecahkan pada hari pertama kejohanan oleh adik Feova Lim Yi Fei dalam acara Lompat Jauh Kategori Perempuan 18 dari kontinjen Tuaran dengan lompatan sejauh 5.57 m memadamkan rekod lama 5.49 m yang dicipta pada tahun 2009.
Rekod kejohanan dalam acara Lempar Cakera Kategori P18 berjaya dipecahkan oleh Nobenecka Pinalus dari kontinjen Keningau dengan mencatat lontaran sejauh 40.16 m memadamkan rekod lama yang dicipta pada tahun 2000 sejauh 31.42m.
Rekod juga berjaya dipecahkan dalam acara 800m peringkat separuh akhir oleh Hizziliwanty Jamain dengan catatan 2 minit 29.6 saat memadamkan rekod lama 2m 31.78 saat yang dicipta pada tahun 2017.
Beberapa acara telah dipertandingkan di sebelah pagi hari pertama di antaranya acara padang sepert rejam lembing, lempar cakera, lompat jauh serta lompat kijang. Acara Hepta dan Okta turut berlangsung.
Pada sebelah petang, satu lagi rekod kejohanan berjaya dipecahkan dalam acara 100m kategori Perempuan 12 Tahun apabila adik Siti Nur Maisarah binti Hang Jabat dari kontinjen Kudat berjaya mencatat masa 13.50 saat memadamkan rekod lama 13.52 saat yang dicatat pada tahun 2017.
Beberapa acara telah berlangsung di sebelah petang iaitu acara 100m dan 800m peringkat akhir.
Hari pertama diakhiri dengan acara Hepta. Acara akan bersambung pada hari Ahad.