Sila KLIK

Sila KLIK

Lagi rekod baharu dicipta pada pagi hari ketiga kejohanan


Kompleks Sukan Kudat: Pada pagi ini, tercipta satu lagi rekod baharu apabila adik Rennorrye Shonya Rosdey dari kontinjen Kudat mencatat masa 17 minit 42.96 saat dalam acara 3000m Jalan Kaki kategori Perempuan 15 Tahun memadamkan rekod lama 18m 14.01 saat yang dicipta pada tahun 2017.











Satu lagi rekod baharu kejohanan dicipta melalui adik Norfaslin binti Baco dari Kontinjen Tawau dalam acara merejam lembing kategori Perempuan 15 Tahun apabila mencatat lontaran sejauh 33.45 meter memadamkan rekod lama 28.26m meter. 




Anda boleh merujuk pautan Senarai Rekod Baharu untuk  mengetahui senarai peserta yang berjaya memecah rekod setakat hari ketiga.

Acara akhir yang berlangsung pada pagi ini ialah 3000m Jalan Kaki P15, Lompat Kijang L18, Lompat Tinggi P18, Merejam Lembing P15, Lontar Peluru L18 dan Lompat Jauh L12.

Anda boleh merujuk pautan Jadual Acara untuk mendapatkan maklumat jadual acara yang lengkap.

Antara aksi para atlit yang bertanding pada pagi ini:-


















Kehadiran penonton memenuhi setiap ruangan Kompleks Sukan Kudat memeriahkan lagi hari ketiga kejohanan




Sesi penyampaian hadiah sesi tengahari Isnin ( Hari ke-3)