Sila KLIK

Sila KLIK

Lagi rekod baharu dicatatkan pada hari kedua kejohanan



Kompleks Sukan Kudat: Kejohanan diteruskan pada hari Ahad dengan dimulakan dengan acara 5000 m Jalan Kaki Perempuan 18 Akhir. Acara tumpuan pada sebelah pagi adalah acara 100m Akhir untuk semua kategori. Turut berlangsung pada pagi ini ialah acara 110m, 200m dan 400m Lari Berpagar untuk kategori Perempuan dan Lelaki 15 dan 18 tahun. Acara padang turut berlangsung pada pagi ini iaitu Lempar Cakera dan Lontar Peluru kategori Perempuan 12 dan 15 tahun.

Anda boleh merujuk pautan Jadual Acara untuk mendapatkan maklumat jadual acara yang lengkap.

Rekod 100m untuk kategori P12 berjaya dipecahkan dalam acara akhir oleh adik Nurul Suhada binti Sulaiman  dari kontinjen Tawau dengan mencatat masa 13.40 saat memadamkan rekod lama yang dicatat pada tahun 2017.

Rekod juga berjaya diperbaharui dalam acara 5000m Jalan Kaki oleh adik Christy George dari kontinjen Ranau dengan mencatatkan masa 30 minit 37.03 saat memadamkan rekod lama yang juga dicatatkan oleh beliau pada tahun 2018 iaitu 31 minit 10 saat.

Dalam acara 200m Lari Berpagar Kategori Lelaki 15, adik Mohammad Faizul bin Abdullah dari Kontinjen Tawau berjaya memecahkan rekod yang telah dicipta pada tahun 2017 apabila mencatat 25.21 saat berbanding rekod lama 25.43 saat.

Anda boleh merujuk pautan Senarai Rekod Baharu untuk  mengetahui senarai peserta yang berjaya memecah rekod setakat hari kedua.

Saksikan rakaman video 100m Akhir semua kategori di bawah.












 Video Acara 100m Semua Kategori 

Acara 100m Lelaki 15 Tahun Akhir

Acara 100m Perempuan 15 Tahun Akhir

Acara 100m Perempuan 18 Tahun Akhir

Acara 100m Lelaki 18 Tahun Akhir