Sila KLIK

Sila KLIK

Majlis Perasmian Kejohanan berlangsung gilang gemilang di Kompleks Sukan Kudat


Kompleks Sukan Kudat: Majlis perasmian Kejohanan Olahraga MSS Sabah kali ke 51 telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yusof Yacob Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah pada Jumaat malam tanda bermulanya kejohanan yang akan berlangsung selama 5 hari di Kompleks Sukan Kudat. Majlis turut dihadiri oleh YB Chong Chen Bin Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian  Sabah merangkap Adun Tanjong Kapor, YB Mohammad Mohamarin Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi merangkap Adun Banggi, Puan Mistirinie Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Encik Sh. Azad Sh. Attar Pegawai Pendidikan Daerah Kudat dan barisan pemimpin politik dan pendidikan peringkat daerah dan negeri.