Sila KLIK

Sila KLIK

Rekod baharu kejohanan terus dicatatkan pada pagi hari keempat (Selasa)











Pusat Sukan Kudat: Pada pagi ini, terdapat rekod baharu kejohanan telah tercipta. Rekod pertama dicatat dalam acara Rejam Lembing Lelaki 15 oleh adik Mohammad Hisyam bin Abdul Razak dari kontinjen Kunak apabila mencatat rejaman sejauh 53.71 m memadamkan rekod lama 53.10m.

Adik Joshua Subing (dua dari kanan)

Rekod kedua dicipta dalam acara 2000m Lari Berhalangan Lelaki 15 Tahun apabila adik Joshua Subing mencatat masa 6 minit 58.55 saat memadamkan rekod lama 7 minit 3.93 saat.



Rekod baharu terus dicipta dalam acara Lontar Peluru Perempuan 18 Tahun apabila adik Norbenecka Pinalus dari kontinjen Keningau mencatat lontaran sejauh 12.60 m mengatasi rekod lama yang juga dicatatkan oleh beliau pada tahun 2018 sejauh 11.09 m.